Sumbangan Kepada Yang Memerlukan

KUANTAN 17 Feb–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan cek bantuan sumbangan Kerajaan Negeri di Bilik Gerakan Negeri,Wisma Sri Pahang.
Seramai 6 penerima menerima bantuan ini yang berjumlah keseluruhan RM72,000.00 bagi menampung kos perubatan penyakit kronik, membaik pulih rumah terbakar di Kampung Tengah Kuantan, bantuan perniagaan, membiayai Kelas Tahfiz Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan dan aktiviti wanita.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.