Mengedarkan Sumbangan

PUTRAJAYA 28 Jan–Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya di bawah kepimpinan Dr. Tengku Iqbal bersama barisan kepimpinan pemuda bahagian, ketua-ketua pemuda cawangan & jentera Pemuda Putrajaya turun padang. Turut serta Naib Ketua UMNO Bahagian Sdr. Ahmad Faisal Abdul Karim, Ketua Wanita Bahagian Pn. Husna Rahaman berserta AJK, menjadi pemudahcara bagi menyampaikan bantuan berupa beras berserta ikan kembung daripada saya kepada penduduk di sekitar Presint 5, 6, 8 & Presint 18. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu memudahkan urusan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.