UMNO Sabah rakam Takziah Atas Pemergian Ketua Pemuda UMNO Beluran

KOTA KINABALU, 27 Jan – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beluran, Mohd Fazli Zikiri yang meninggal dunia lebih kurang pukul 2.30 Petang Rabu di salah sebuah hospital swasta di sini .

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memaklumkan, Allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut beliau.

“Mewakili keluarga besar UMNO Sabah dan secara peribadi , saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Arwah” katanya .

Mohd Fazli yang juga pengawai Khas kepada Bung merupakan seorang pemimpin pemuda yang aktif selain menjawat jawatan sebagai jawatan beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Belia.

” Kami kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa ,didoakan semoga Allahyarham ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman” ujatnya. – UMNO ONLINE

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.