UMNO Selangor Umum Penstrukturan Semula Kepimpinan Negeri

KUALA LUMPUR, 28 April – UMNO Selangor hari ini membuat penstrukturan semula kepimpinan peringkat negeri yang melibatkan jawatan Setiausaha UMNO dan Ketua Penerangan UMNO negeri.

Dalam satu kenyataan media, Ketua UMNO Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari dilantik memegang jawatan Setiausaha UMNO negeri berkenaan.

Menerusi kenyatan itu juga turut dimaklumkan, Ketua UMNO Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri sekali lagi dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO negeri Selangor.

Sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin Mat Zin memegang jawatan Setiausaha UMNO negeri manakala Ketua Penerangan pula disandang Ketua UMNO Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri.

Minggu lalu, Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Pengerusi UMNO yang baharu menggantikan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.