UMNO Parti Untuk Agama, Bangsa, Negara… Bukan Untuk Publisiti…

APABILA seorang mantan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO berulang kali mengeluarkan kenyataan enggan bersama kerajaan hari ini kerana tidak mahu bersekongkol dengan UMNO adalah sesuatu yang amat memalukan. Mahukan publisiti baru pun masih guna nama UMNO….

Kenyataan terbaru, Tun Dr Mahathir menyebut tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selagi Tan Sri Muhyiddin Yassin bersekongkol dengan UMNO.

Tun… ini bukan perkara baru menyalahkan UMNO… berulang kali menuding jari terhadap UMNO, parti tersebut dipersalahkan dengan ahli-ahlinya juga dituduh dengan pelbagai kata-kata yang menghiris hati, pemalas, mudah lupa, bodoh dan macam-macam lagi.

Apa salah UMNO… sedangkan parti inilah yang mnjadi teraju kepada kebangkitan nasionalisme, membawa kepada kemerdekaan, berusaha mengeluarkan negara dari kepompong kemiskinan dan seterusnya menaikkan nama Malaysia dipersada dunia.

Senang cerita, kalau Tun pun tak hendak sebenarnya UMNO pun tak ingin… UMNO bukanlah parti yang ‘muka tak malu, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. UMNO adalah parti bermaruah, parti perjuangan yang berpegang kepada agama, bangsa dan negara… bukan berlandaskan kepada seorang individu biarpun orang itu pernah menjadi teraju parti selama 22 tahun sekalipun.

Sebenarnya Tunlah yang patut rasa malu… bangkit dan hidup diangkat sebagai pemimpin atas nama UMNO namun kemudiannya melampiaskan pelbagai kecaman kepada parti yang telah memberi kesenangan, nama, kuasa dan kemewahan kepada Tun dan keluarga.

Kalau peribahasa Melayu ada ‘umpama kacang lupakan kulit’ maka itulah Tun… Kerosakan UMNO yang Tun canang ke sana ke sini selama ini sebenarnya adalah hasil garapan Tun sendiri. Ini kerana Tun yang selama 22 tahun telah mencorakkan parti ini… membentuk sikap dan mengajar ahli-ahli UMNO mentaati pemimpin dan dalam masa yang sama membentuk kebencian kepada pihak lawan biarpun sama bangsa dan agama.

Kerosakan yang Tun katakan dalam UMNO adalah hasil acuan dari Tun sendiri. Buktinya, di suatu ketika dahulu ahli-ahli UNO dididik untuk memusuhi parti lawan sehinggakan bagaimana ekstremnya ahli UMNO kepada parti sendiri dan individu dari luar semuanya dianggap lawan.

Ahli-ahli UMNO memang memusuhi Lim Kit Siang dari Dap… namun dalam masa yang sama sangat membenci PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Nik Aziz bersama Fadil Noor.

Ajaran Tun maka ahli-ahli UMNO memusuhi bangsa dan yang seagama sendiri dari parti PAS.

Macam-macam lagi yang Tun telah lakukan sehingga membuat UMNO hilang kuasa sebagai tampuk Kerajaan, tak cukup dengan itu berusaha untuk parti ini diharamkan supaya harta benda UMNO dapat dijual kerana ketidakpuasan hatinya dan sikap iri hati terhadap apa yang telah dilakukan oleh UMNO.

Manipulasi dan persepsi diangkat oleh Tun untuk memburukkan UMNO.

Kononnya UMNOlah perompak, pencuri, menjarah harta kerajaan sedangkan sebenarnya tuduhan tersebut dilaksana bagi mengaburi langkah sumbangnya sendiri yang bersikap sedemikian.

Tun bersekongkol bersama Tun Daim menggunakan memanipulasi perundangan dan kewangan bagi menghalalkan rompakan terhadap kerajaan. Lihatlah siapa Tun bersama Daim dan anak-anaknya, anak-anak saudaranya seperti Tan Sri Rashid dan adik-beradik Tun Siti Hasmah yang kini kaya-raya. Inilah sebaenarnya perompak, penyamun, korup, penipu, kleptomaniac yang sebenar.

Dalangnya yang sebenar adalah TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Lihatlah bagaimana Tun sanggup lihat Cina dan India kaya tetapi Melayu dibiar miskin.

Apa jadi pada bangsa Melayu hari ini ialah kerana perbuatan Tun yang selalu memperkecilkan orang Melayu sendiri, bangsa Melayu, Kerajaan Melayu, Menteri Melayu, pegawai tinggi dalam kerajaan Melayu… apa jadi Bangsa ini? Dikata pemalas, bodoh, tak pandai, tak tahu apa-apa dan macam-macam lagi.

Melayu tetap miskin kerana pemimpin seperti Tun yang tiada sikap belas kasihan kepada orang lain selain keluarga dan kroninya sahaja.

Hanya kerana anak tak dapat tempat dalam UMNO maka marahkan semua orang sedangkan kalau anak itu ada karisma jadi pemimpin sudah pasti akan ada tempat dalam UMNO.

Kita lihat BERSATU ahlinya lebih jijik dari UMNO kerana kebanyakan ahlinya orang yang tak dapat tempat dalam UMNO termasuk anak pengerusinya sendiri.

Kebangyakan ahli-ahlinya dari kumpulan ‘3 line gengster’, pengikut kumpulan samseng atau kaki gadug seperti Ibrahim Ali malah kebanyakan mereka adalah bangsa Melayu liberal yang lebih suka kepada perbuatan bertentangan dengan buadaya bangsa dan agama.

Lihatlah pemudanya yang cenderung kepada LGBT, dadah, pil kuda dan ini semua ada dalam BERSATU.

Sedarlah… Tun hanya hanya pecahkan bangsa Melayu dam merosakkan masa depan negara. Tun kini adalah orang tua yang sudah ‘lost ground’ tak tahu apa yang berlaku namun kerana terpengaruh dengan insan seperti Syed Sadiq maka lingkuplah semuanya.

Siapa masih menjadikan Tun idola lagi?

Ingatlah… pemimpin datang dan pergi… ingat negara ini bukan kepunyaaan sesiapan waima Tun sekalipun….

Marilah kita pelihara agama, bangsa dan negara kita bersama-sama… insyaAllah kita semua akan selamat.

Pejuang Negara

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.