Proton Mencatat Keuntungan Pertama Setelah Bertahun-tahun Rugi…. Tahniah BN!!

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Proton bakal mencatatkan keuntungan tahun ni selepas bertahun-tahun kerugian, melibatkan berpuluh billion bailout, serta pemberian gran.

Kita masih ingat, sebelum PRU14, pimpinan Pakatan Harapan sering menghentam keras usahasama Proton-Geely ini.

Malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga pernah menangis kononnya sedih apabila Proton dikatakan dijual dan seolah ianya merugikan rakyat.

Selain kejayaan menaikkan jualan yang sebahagian besarnya adalah disebabkan kenaikan jualan variasi SUV Proton iaitu X70, Proton juga berjaya menurunkan 30% kos barangan yang dibekalkan oleh vendor-vendor lama Proton.

Rupa-rupanya vendor menjual part 30% melebihi harga pasaran kepada Proton

Ketika tu, portal-portal media mengkritik Proton seolah pemilik baru drpd China itu cuba mengacau periuk nasi vendor-vendor tempatan kononnya untuk menukar kepada pembekal daripada China.

Kemudian Proton mempromosikan kepada pengusaha service centre mereka supaya menaiktaraf daripada menawarkan servis 2s kpd 4s yang memerlukan pelaburan modal daripada pengusaha vendor.

Ketika itu juga ada media yang mengkritik usaha itu kononnya menindas dan memaksa pengusaha service centre proton untuk upgrade kpd 4s.

Walhal ianya adalah untuk mempersiapkan pusat servis Proton supaya lebih kompetitif berbanding syarikat-syarikat pesaing yang lain

Apa yang penting, kerjasama Proton-Geely tidak akan terhasil jika ianya tak dimaterialisasikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Kerajaan Barisan Nasional ketika itu memberikan syarat kepada Proton supaya mencari rakan pakar untuk bekerjasama sebelum mendapat kelulusan kerajaan berhubung RM1.5 billion softloan kepada Proton.

Kerajaan BN ketika itu berpuas hati mendengar plan jangka panjang Geely yang hanya memerlukan 49% pegangan. (Syarikat lain memerlukan hak pegangan lebih drpd 50% jika ianya melibatkan transfer of technology)

Sekarang adalah masa untuk menuai kejayaan Proton, sehinggakan kerajaan Pakatan Harapan menjadikan Proton sebagai kereta rasmi APEC2020 lantas membuktikan tuduhan menjual Proton seolah menjual negara adalah fitnah semata-mata.

Mengambil iktibar daripada pengalaman BN menyelamatkan Proton, kita sekarang tahu siapa penyelamat Proton sebenarnya

Tahniah pasukan pengurusan dan semua staf Proton di atas prospek merekodkan keuntungan pertama selepas usahasama bersama Geely, dan semoga maju jaya. – Sumber UMNO KEDAH

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.