Muafakat Nasional Mampu Mara Ke Hadapan Gantikan Pakatan Harapan

JERAI, 28 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah percaya Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS bersama rakan- rakan parti lain akan mampu mara ke hadapan dan menggantikan Pakatan Harapan.

Jelas beliau biarpun selepas lebih 60 tahun BN, UMNO memerintah dan hilang kuasa namun Allah swt telah menggantikan nikmat itu dengan sesuatu yang berharga.

” Lebih 60 tahun BN UMNO memerintah. Bila UMNO hilang kuasa. Kita hilang segalanya. Namun percayalah, semua ini ujian Allah supaya kita bermuhasabah dan melakukan pembetulan.

“Biarpun begitu, Allah lebih mengetahui. Walau UMNO hilang kuasa, kehilangan itu Allah ganti dengan sesuatu yang lebih berharga. Allah satukan UMNO dan PAS dalam bentuk muafakat yang begitu baik” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada “Pentas Pemuda” sempena Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Jerai, Kedah di sini, Jumaat.

Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya menegaskan inilah nikmat yang semestinya disyukuri dan dihargai.

“Percayalah jika kita terus pandang kehadapan dan melupakan kisah lama antara UMNO dan PAS. Kita akan jadi parti yang hebat”, ujarnya. –UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.