Negara Berada Dalam Suasana Cukup Mencabar, Rakyatnya Pula Berdepan Cabaran Getir

 

JASIN, 24 Ogos – Negara hari ini dilihat berada dalam suasana yang cukup mencabar manakala rakyatnya pula bakal mendepani cabaran yang cukup getir setelah kerajaan yang dibentuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu tidak melaksanakan apa yang sepatutnya.

Malah lebih teruk tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bukan sahaja apa yang mereka tawar tidak ditunaikan malah tidak ada perkara baru yang dilontarka serta dilaksanakan untuk rakyat.

Bagi beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong, rakyat yang memberikan kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) semestinya ingin melihat sekurang-kurangnya kerajaan baru adalah lebih baik daripada kerajaan sebelum itu.

“Namun sebaliknya pula yang berlaku… kerajaan hari ini kerajaan yang tidak laksanakan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Baik dalam soal pendidikan, ekonomi, kebajikan rakyat dan sebagainya malahan tidak ada dasar baru… tentu menjadi harapan dan impian yang peyokong mereka untuk melihatnya lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

“Lebih setahun tidak ada satu dasar yang baru baik daripada soal ekonomi. Begitu iuga dalam pendidikan… apa dasar baru yang dibawa juga tidak ada… dalam soal kebajikan tidak ada… sebaliknya teruskan apa yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu… namun lebih malang lagi apabila dasar dahulu yang diteruskan itu pula lebih teruk berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Penyatuan Ummah, di Dataran Tok Pondok, Kg Pt Sidang Seman, di sini, Jumaat malam.

Ceramah tersebut turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad dan barisan pimpinan kedua-dua parti setempat lain.

Shamsul seterusnya menambah sebelum ini ketika menjadi kerajaan, soal pendidikan percuma serta hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibangkitkan oleh mereka pada waktu itu jelas satu penipuan.

“Kita dengar pada waktu itu soal pendidikan percuma… hapuskan hutang PTPTN… jenuh fikir macam mana Rafizi fikir bagi ‘free’… rupahya penipu… hari ini mana ada… yang ada kenaikan yuran dan bayaran tertentu di universiti… mana ada… tidak ada. Sepatutnya tawar polisi baru dan pelaksanaan baru namun hari ini punah harapan,” tambahnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.