Isu Lynas: Fuziah Harus Akui Buat Fitnah, Mohon Maaf Dan Letak Jawatan…

 

KUANTAN, 23 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor berkata sewajarnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh meminta maaf kerana memberi fakta yang salah terhadap kilang nadir bumi milik Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Gebeng, Pahang.

Katanya, kejayaan beliau hanya menabur fitnah dan memberikan fakta yang tidak betul membuatkan rakyat menjadi keliru dengan isu Lynas, malah isu itu dimanupulasi demi kepentingan politiknya.

“Sekiranya betul Lynas mendatangkan bahaya kepada masyarakat ia menjadi kewajipan Fuziah untuk berjuang habis-habisan memastikan Lynas tidak beroperasi, tapi jika sebaliknya beliau harus mengaku selama ini beliau telah memberi fakta yang salah kepada rakyat dan meminta maaf kepada mereka yang dituduh, difitnah selama ini.

“Semasa zaman Barisan Nasional (BN) beliau turun ke jalanan, membuat video dan sebagainya untuk menunjukan penentangan tetapi pada hari sebagai anggota pentadbiran kerajaan menjadi kewajiban beliau harus meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri,” katanya kepada UMNO- Online, disini.

Katanya, Fuziah haruslah meletak jawatan kerana tidak beretika dan tidak bermoral berhubung isu Lynas ini.

“Kerana kesan tindakan Fuziah yang lalu maka hari ini telah menimbulkan suasana gelisah dan ketidakstabilan serta melibatkan kesan yang memberi beban kepada seluruh rakyat.”

Farid turut menambah apa yang dilihat sekarang ini adalah sejauh mana keberanian Fuziah untuk terus berjuang dan mengatakan Lynas ini tidak boleh beroperasi dan janganlah melakukan pelbagai bentuk hipokrasi untuk meraihnya.

Untuk rekod, lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd selama tiga tahun pada 2016 hingga 2 September tahun ini telah diperbaharui olek kerajaan PH selama enam bulan sedangkan ketika menjadi pembangkang mereka membantahnya. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.