Mujahid Diingatkan Jangan Syok Sendiri

KUALA LUMPUR, 9 Julai – UMNO tak perlu berunding dengan mana-mana parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) kerana kehendak orang Melayu hari adalah Parlimen dibubarkan.

Atas sebab itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bersifat syok sendiri.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris dalam kenyataan malam tadi berkata, tiga kemenangan berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) membuktikan UMNO dan Pas adalah pilihan orang Melayu hari ini.

“Orang Melayu bukan bodoh setelah apa yang telah berlaku dalam setahun di bawah pentadbiran kerajaan PH. Parti Melayu dalam PH telah gagal menjaga agama Islam dan orang Melayu

“Orang Melayu telah menyaksikan bahawa dua parti Melayu terbesar ini membuktikan bahawa orang Melayu hidup dalam keadaan selamat berbanding di bawah Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PKR, Amanah (Parti Amanah Negara) yang mana dikuasai majoriti bukan Melayu,” katanya.

Kelmarin, Mujahid berkata, orang Melayu kini tiada pilihan selain menyertai parti-parti kerajaan seperti Amanah, Bersatu dan PKR kerana idea yang dibawa UMNO serta Pas sudah lapuk dan tidak lagi dapat membawa orang Melayu ke arah yang lebih progresif. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.