Tok Mat, 4 MB Pembangkang Di Pentas Muktamar PAS

KUANTAN, 21 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama rombongan parti itu menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukan) di sini hari ini.

Antara yang menyertai rombongan itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di samping pimpinan parti komponen, Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Selain mereka, turut hadir ialah empat teraju kerajaan negeri pembangkang iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Kehadiran kesemua pemimpin itu membuktikan keserasian hubungan kedua parti yang makin terserlah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – Utusan Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.