Pentadbiran PH Timbulkan Kegelisahan, Rakyat Tak Yakin Pada Kerajaan – Mahdzir

 

REMBAU, 8 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata banyak perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat dan kegelisan itulah menyebabkan hilangnya keyakinan mereka terhadap kerajaan baharu hari ini.

Menurut beliau kegelisahan berkenaan menyebabkan pimpinan parti mengambil langkah duduk semeja bersama rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) yang lain termasuklah dengan parti PAS yang merupakan rakan di dalam parti pembangkang.

“Timbul pula macam-macam… Talibanlah dan macam-macam lagi. Kita buat itu untuk menjaga kebajikan ummah iaitu rakyat secara bersama. Kita nak jaga kepentinggan rakyat di negara ini. Kita nak tengok dalam aspek pendidikan, dalam aspek ekonomi, agama, kebudayaan dan juga mahu melihat perkara yang berkaitan dengan Raja-raja Melayu. Semua ini kita nak tengok.

“Kita tidak tinggal pun rakan-rakan kita di Sarawak dan Sabah. Di sana ada Iban, ada Kadazan, Dusun Murut malah Orang Asli dan sebagainya. Tempat saya di Padang Terap saya selaku Ahli Parlimen Padang Terap ada 3,000 pengundi masyarakat Siam yang agamnya Budha. Kawasan saya pun ada enam ‘Wat Siam’.

“Kepentingan semua orang kita jaga. Sebab itu walaupun kita ada hubungan ukhwah antara dua parti terbesar orang Melayu, ianya bukan sahaja menjaga kepentingan Melayu Islam tetapi juga bangsa-bangsa lain. Sebab itu tidak timbul soal Taliban dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi Kampung Bemban, di sini Ahad malam.

Mahdzir seterusnya menambah ketidakyakinan rakyat terutama masyarakat kampung kian terserlah apabila harga sawit dan harga getah jatuh.

“Keresahan ini keresahan yang akhirnya membawa rakyat tidak yakin kepada kerajaan PH yang ada. Tidak yakin dalam ekonomi sebab di kampung harga getah dan kelapa sawit jatuh teruk. Tidak yakin keduanya adalah kalau orang berniaga belum tentu dapat keuntungan… ketidakyakinan seterusnya kalau berniaga besar-besar disebut pasaran saham jatuh dan ini termasuklah yang dilabur oleh Tabung Haji (TH),” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.