Tolak Spekulasi Negatif, MIC Akan Terus Perkukuh Kerjasama Di Akar Umbi Bersama PAS

KUALA LUMPUR, 1 April – Timbalan Presiden MIC, Datuk Saravanan berkata, kerjasama MIC dengan PAS di peringkat akar umbi akan lebih dipereratkan di masa akan datang.

Jelas beliau, ini adalah ‘True Malaysia Spirit’ maka tidak timbul sama sekali kononnya PAS anti Islam atau sebagainya.

“Saya fikir perkara ini (jihad) anti Islam atau sebagainya tidak perlu dipolitikkan kerana Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri telah mengatakan bahawa parti itu bersedia bekerjasama dengan semua bangsa dan Muslim sebenar haruslah sebegini, menghormati semua bangsa,” ujar beliau kepada media di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hadi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerjasama UMNO-PAS merupakan jihad untuk menumbangkan Kerajaan PH yang anti Islam kepada kerajaan Melayu dan Islam.

Walaupun diasak oleh media dengan pelbagai soalan provokasi namun Saravanan tidak mengambil sikap ‘tidak mahu komen lebih’ kerana baginya, BN mengamalkan sikap sentiasa berbincang bersama malah sebagai parti komponen bersama MCA, kerjasama UMNO dan PAS tidak memberi impak negatif malah MIC dan MCA menerima baik kerjasama tersebut. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.