Orang Selangor Teruja Dengan ‘Bossku’

KUALA SELANGOR 31 Mac – Rakyat Selangor ternyata teruja dengan ‘Bossku’ walaupun negeri ini diperintah pakatan diketuai PKR sejak 2008 apabila lebih 1,000 orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bermesra ketika Datuk Seri Najib Tun Razak singgah di daerah ini sebentar tadi.

Menjadikan utara Selangor sebagai destinasi, Najib yang bersarapan di Restoran Mek Teganu dikerumuni orang ramai sebaik sahaja beliau tiba kira-kira 8.45 pagi dengan disambut Ketua UMNO Bahagian,

Datuk Jahaya Ibrahim dan Yang Dipertua Pas Bahagian, Muhd Rashid Kassim.

Sebelum bersarapan, Najib sempat meninjau pasar pagi berdekatan, bertanyakan tentang hasil jualan para peniaga dan juga keluhan-keluhan mereka.

Selepas di Restoran Mek Teganu, ‘Bossku’ akan ke Sabak Bernam, sebelum mengadakan ‘sembang santai di Sekin Hotel & Resort di Sekinchan dan seterusnya ke Pasar Malam Tanjung Karang.

Malam semalam, ketika memaklumkan yang beliau akan turun ke Selangor, Najib sempat ‘mengusik’ Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Jangan bagi tahu Azmin Ali, tidak lena (beliau) tidur malam ini,” sindirnya. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.