MCA Kekal Dalam BN

KUALA LUMPUR 17 Mac – MCA mahu kekal bersama Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya dalam memastikan tidak berlaku kecondongan politik berteraskan perkauman.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, beliau telah membentangkan resolusi proses pembubaran BN pada 8 Mac lalu, namun tiada keputusan dicapai.

“Apa yang perlu ditekankan ialah kesatuan politik yang berasaskan kepelbagaian kaum untuk rakyat Malaysia biarpun mengharungi waktu sukar, semangat konsensus tetap wujud.

“UMNO, MCA dan MIC perlu mengekalkan semangat konsensus yang terikat sekian lama sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, manakala permuafakatan sebagai gabungan pembangkang harus diperhebatkan seterusnya dapat memainkan peranan semak dan imbang kerajaan pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.