Bonda Sultan Johor Mangkat

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bonda Sultan Johor, Tuanku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Instagram rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

“Al-Fatihah, salam takziah atas kemangkatan Almarhumah YAM Tengku Puan Zanariah Binti Alarhum Tengku Ahmad, bonda Sultan Johor.

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya kami kembali,” tulisnya. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.