MB Tidak Patut Ke Batam Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Masih Belum Selesai

JOHOR BAHRU 16 Mac – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian sewajarnya menangguhkan lawatan kerja ke Batam, Indonesia dalam situasi penduduk negeri ini khususnya di Pasir Gudang sedang berhadapan dengan bencana pencemaran toksik.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Osman tidak sewajarnya berada di luar negara memandangkan insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim itu merupakan suatu perkara yang serius.

“Ketika negara dilanda bencana banjir besar pada tahun 2014, saya pulang daripada Amerika Syarikat Syarikat, daripada bercuti untuk melawat kawasan dilanda banjir.

“Kita (kerajaan Barisan Nasional) ambil sikap serius kerana bencana ini membabitkan soal nyawa yang tiada nilainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, di sini sebentar tadi.

Insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang masih berlanjutan sejak 7 Mac lalu telah menjejaskan seramai lebih 4,000 penduduk tempatan sehingga memaksa kerajaan menutup 111 buah sekolah di kawasan terlibat. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.