Ramli Angkat Sumpah Jawatan, Orang Asli Pertama Ahli Parlimen

 


KUALA LUMPUR, 12 Mac – Anggota Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai Anggota Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Pada 26 Jan lepas, Ramli, 61 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). – Bernama

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.