MIC Tiada Masalah Kerjasama UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 8 Mac – MIC sebagai satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah berhubung kerjasama secara rasmi antara UMNO dan Pas.

Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran malah menegaskan kerjasama antara UMNO dan Pas dilihat dapat memberi kelebihan besar khususnya kepada parti itu dan BN secara keseluruhannya.

Jelas beliau, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan agama Islam, tidak memberi kesan kepada BN.

“Saya rasa tidak ada persoalan yang timbul kerana kerjasama UMNO-Pas dalam pembangkang, saat fikir semua pihak sudah setuju untuk kebaikan sejagat. Jelas sekali mereka (Pas) tidak akan bergabung dengan BN malah mereka tidak berminat untuk sertai BN.

“MIC juga sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana kita lihat UMNO dan Pas telah berjaya memperoleh kira-kira 73 peratus jumlah pengundi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.