Pemuda UMNO Buat Laporan Polis, Guan Eng Bersifat Cauvinis dan Rasis


KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurut beliau, laporan polis dibuat berkaitan Lim Guan Eng (LGE) yang mengeluarkan kenyataan menghasut dan meniupkan rasa benci serta marah sesama kaum sebagaimana dalam kenyataannya di Malaysiakini semalam yang kemudiannya telah ditukar.

Dr Asyraf Wajdi menjelaskan, apabila Setiausaha Agung Dap itu memainkan sentimen agama, perkauman bersifat rasis dan cauvinis, terbukti LGE tidak layak menjadi menteri kanan Persekutuan dan sepatutnya meletak jawatan.

“Saya percaya apabila beliau mengatakan demikian tidak mewakili kaum Cina, India tetapi beliau hanya bercakap atas dasar cauvinis dan rasis.

“Isu ini bukan isu parti tapi kecintaan kami pada negara. Selama ini kita hidup secara harmoni kenapa hari ini mereka begitu celupar dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu rupa.”

Katanya, selama 61 tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini, sejarah telah terbukti dalam konteks sebegitu tiada kejadian seperti itu dilakukan oleh menteri-menteri kerajaan BN, malahan kehidupan harmoni dirasai masyarakat, tetapi kini kerana sifat dendam, kerajaan hari ini tidak mempedulikan perasaan rakyat.

“Tak pernah sekalipun menteri-menteri Persekutuan BN, baik orang Melayu, Cina, India melafazkan perkataan-perkataan yang mengguris hati mana-mana pihak, kalau ada sudah tentu disingkirkan terus.

“Kami mendesak dan menggesa LGE untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah mencuit, mengguris hati perasaan orang Melayu, Cina dan India,” katanya ketika sidang media sebaik selesai membuat laporan polis tersebut.

Dr Asyraf seterusnya menegaskan penyatuan antara UMNO dan Pas tiada kaitan untuk menyisihkan, meminggirkan serta meremehkan mana-mana agama dan kaum, bahkan penyatuan ini memperkukuhkan lagi orang Islam/Melayu dan bangsa lain menjadi kuat.

Laparan Polis ini turut di hadiri Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian bersama Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn, manakala MCA diwakili Daniel Wa Wai How; Theeageesh dari MIC; Mohd Shahrir Abu Hassan dari Pas Wilayah Persekutuan, dan Makkal Sakti diwakili Devyaanthiran P. Veeraiah.- MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.