Kenyataan Guan Eng boleh cetus huru-hara, ambil tindakan di bawah Akta Hasutan – Tajuddin

KUALA LUMPUR 7 Mac – Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan setelah Menteri Kewangan itu menyifatkan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas sebagai menyasarkan bukan Melayu di bawah panji ‘perpaduan Melayu’.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia suatu kenyataan daripada seorang menteri tidak bertanggungjawab yang mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

“Pihak berkuasa mesti ambil tindakan di bawah undang-undang hasutan.

“Kenyataan Guan Eng ini boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan huru-hara. Ekonomi negara juga akan terjejas. Pelabur akan lari,” kata Tajuddin malam tadi. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.