Kenapa DAP Panas Kerjasama UMNO, PAS? – Zahida Zarik


KUALA LUMPUR 7 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan tindakan Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang ‘panas’ dengan penyatuan dua parti Melayu, Pas dan UMNO.

Zahida Zarik dalam masa sama turut menepis dakwaan Guan Eng bahawa Pas dan UMNO mengisytihar perang terhadap orang bukan Melayu.

“Sama ada pemimpin Pas atau UMNO tiada yang sebut isytihar perang terhadap orang bukan Melayu. Dua parti Islam-Melayu menjalinkan kerjasama, mengapa DAP yang panas?

“Pada saya kenyataan Guan Eng seolah-olah menghasut rakyat yang bukan Melayu untuk membenci perpaduan,” katanya di laman blog miliknya semalam. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.