Guan Eng Dangkal Makna Demokrasi

KUALA LUMPUR 7 Mac – Kenyataan biadab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan kerjasama UMNO dan Pas menunjukkan betapa dangkal pemahaman beliau terhadap makna demokrasi.

Idea politik pelbagai kaum tidak asing bagi UMNO kerana telah menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan negara selama enam dekad dalam keadaan aman dan sejahtera.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menegaskan, sepatutnya ruang demokrasi di negara ini pada pasca pilihan raya umum disegarkan dengan pelbagai kerjasama politik dan bukannya disempitkan dengan kenyataan membangkitkan kebencian.

“(Kenyataan Guan Eng) menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Sebagai menteri dan pemimpin negara, perkara-perkara berkaitan isu perkauman ini tidak wajar dibangkitkan sama sekali oleh Guan Eng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebuah portal semalam memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.
Walau bagaimanapun, Guan Eng selepas itu telah mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.