Terima Kasih Pas! – Ketua Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 2 Mac – Susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik mengucapkan terima kasih kepada Pas.

Menurut Zahida, ucapan terima kasih tersebut adalah kerana usaha Pas yang banyak membantu BN sejak bermula PRK sehingga sekarang.

“Terima kasih Pas kerana banyak membantu kita sehingga hari ini. Semoga kerjasama baik ini berkekalan,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya, malam tadi.

Zahida menambah, kemenangan tersebut amat bermakna hasil kerjasama baik antara BN dan Pas.
Katanya, ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap kerajaan PH. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.