Polis Nasihat Pengundi Semenyih Keluar Mengundi Tanpa Rasa Takut

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Polis menasihatkan semua pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih supaya keluar beramai-ramai bagi menjalankan tanggungjawab tanpa rasa takut akan keselamatan mereka.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis sentiasa berada di sekitar kawasan pusat mengundi bagi menjamin keselamatan pengundi.

“Seramai 1,115 anggota dan pegawai polis terlibat dalam penugasan semasa hari mengundi ini sehinggalah pengumuman keputusan pada malam nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengundi boleh membuat laporan polis atau memaklumkan kepada anggota polis bertugas sekiranya berasa terancam atau keselamatan mereka tergugat sepanjang proses pengundian itu. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.