Kurangkan Kos Sara Hidup Hanya Mainan Perasaan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR 2 Mac – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan menaikkan tarif elektrik kepada peniaga dan dalam masa sama melaungkan kononnya akan mengurangkan kos sara hidup dianggap hanya satu mainan perasaan kepada rakyat.

Aktivis rakyat, Mohd. Razlan Rafii berkata, kenaikan tersebut akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang sekali gus meningkatkan kos sara hidup yang akhirnya akan membebankan rakyat.

“Kerajaan telah meluluskan kos Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM1.82 bilion ini dipulangkan kepada pengguna. Dan rakyat akan mula membayar kos ini bermula dari bulan Mac tahun ini.

“Sebagai rakyat, saya tidak faham apa maksud menteri mahu menurunkan kos sara hidup, bagaimana mungkin kos ini akan turun sekiranya elektrik yang kena bayar setiap bulan meningkat 55 peratus.

“Pasaran tempatan hari ini terus bercelaru dengan pelbagai formula kerajaan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), cukai jualan dan perkhidmatan (SST), dan pelbagai lagi. Sudah pastinya semua ini akan ditanggung oleh pengguna iaitu rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.