Perlu Bayar Tol- Najib Sindir PH

SEMENYIH, 23 Feb – “Saya ingat tol sudah dimansuhkan tapi saya kena bayar RM2.10 tadi. Maknanya tol masih dikenakan kepada semua pengguna. Nampaknya janji mereka sampai hari ini tidak ditunaikan,” sindir Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian selepas membayar tol di Plaza Tol Putera Mahkota.

Untuk rekod, menghapuskan tol secara berperingkat adalah antara janji manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Ternyata kegagalan PH dalam menghapuskan tol seperti dirancang dalam manifesto membuktikan langkah ‘populis’ itu tidak realistik dan sukar dilaksanakan.

Kerajaan PH melalui Menteri Kerja Raya, Baru Bian juga pernah mengesahkan bahawa janji untuk menghapuskan tol di seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto PRU-14 tidak akan dibuat kerana cadangan tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan dengan alasan tekanan kewangan semasa dan implikasinya adalah kerajaan perlu menanggung pampasan tol sebanyak RM400 bilion. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.