UMNO Rakam Takziah, Penyokong Meninggal Dunia

SEMENYIH, 16 Feb.- Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan salam takziah kepada keluarga seorang penyokong Barisan Nasional (BN) dari Kuala Terengganu, Mamat Awang, 59, yang meninggal dunia ketika menyertai perarakan calon ke Pusat Penamaan Calon, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pagi tadi.

Mamat dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri ketika berkumpul bersama penyokong BN yang lain di kawasan lampu isyarat berdekatan Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian yang menjadi pusat penamaan calon PRK Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang, Assiten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof semasa ditemui media mengesahkan menerima laporan kematian mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi di mana mangsa telah rebah dan tidak sedarkan diri. Pegawai perubatan dari klinik swasta telah membuat pengesahan awal kematian.

Sebab kematian bagaimanapun belum dikenal pasti dan mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk tindakan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.