MB Johor Enggan Ulas Isu Sijil Palsu

KULAI 9 Feb – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian enggan memberi sebarang komen kepada pihak media berhubung dakwaan beliau memiliki ijazah dan diploma palsu.

Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau juga tidak berjaya apabila Osman terus beredar selepas majlis selesai.

Beliau hanya tersenyum apabila ‘diasak’ pihak media dengan soalan berhubung perkara tersebut dan terus berjalan menuju ke kereta Toyota Alphard.

Image result for mb johor dengan isu sijil palsu

Terdahulu, Osman menghadiri Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2019 anjuran Yayasan Sejahtera Kulai di sini sebentar tadi.

Media melaporkan, selepas cerita ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, orang ramai mula meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Menurut laman Facebook Ops Johor, warganet mula mempersoalkan kelayakan Osman kerana pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.