UMNO Lepaskan 31.6% Pegangan Saham Dalam Utusan

KUALA LUMPUR 8 Feb. – UMNO telah menamatkan penguasaan dalam Utusan Melayu (M) Berhad apabila melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam syarikat akhbar itu.

Dalam urusniaga terbabit UMNO telah melepaskan pegangan ke atas 35 juta unit saham Utusan kepada Opulence Asia Sdn Bhd.

Opulence Asia Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir. -UtusanOnline