Hanya BN Yang Prihatin, Orang Asli Tahu Kenang Jasa

TANAH RATA, 21 Jan – Ketua Kampung, Kampung Desa Kayangan Nasir Abdullah berkata, walau apapun yang terjadi penduduk kampung tersebut termasuklah Orang Asli akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana mereka tahu apa itu erti kenang budi.

Jelas beliau, mana mungkin sokongan mereka berpaling arah kerana selama ini kehidupan mereka dibantu oleh BN.

“Saya mengakui Menteri Pertahanan Mat Sabu ada menghubungi saya untuk berjumpa mungkin bagi tujuan memujuk untuk Orang Asli mengundi mereka tetapi saya tidak mahu.

“Kami duduk di bawah BN… Orang Asli di kawasan ini memang mengharapkan BN sebab BN telah terbukti mentadbir dengan baik,” ujar beliau ketika ditemui oleh UMNO-Online.

Tambah Nasir, PH baru lapan bulan ditubuhkan, belum terbukti kebaikannya, ini berbeza dengan BN yang sudah ada ‘track record’ yang baik maka sebab itu mana mungkin masyarakat Orang asli menyokong PH. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.