Saya Bukan PM Lagi, Hairan Kenapa PH Takut – Najib

CAMERON HIGHLANDS 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa hairan apabila Pakatan Harapan (PH) dikatakan takut apabila beliau turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Beliau yang tiba di sini hari ini berkata, ini kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri seperti sebelum ini.

“Saya pun tak tahu kenapa (PH takut kehadiran beliau). Saya bukan lagi PM, saya ikhlas hendak membantu kempen calon Barisan Nasional (BN)” kata.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika program bersama rakyat di Masjid Al-Huda Kampung Raja di sini hari ini.
Turut hadir calon BN, Ramli Mohd. Nor.

Mengenai PRK Cameron Highlands, Najib berkata, BN meletakkan seorang calon tempatan dan mudah diterima oleh masyarakat di sini.

Menurutnya, Ramli mempunyai ramai saudara mara di sini, seorang tokoh dan pemimpin yang mewakili masyarakat Orang Asli.

“Saya yakin beliau akan mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen dari masyarakat Orang Asli yang pertama.

“Beliau akan muncul sebagai lambang kebanggaan masyarakat Orang Asli dan penduduk Cameron Highlands,” katanya. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.