Pasar Malam Sg Koyan Meriah Dengan Kempen BN Dan PH

JELAI, 17 Julai – Pasar malam Sungai Koyan petang tadi meriah dengan kehadiran jentera parti daripada Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) yang masing-masing berkempen untuk calon yang mewakili parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari depan.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad serta jentera tempatan lain turut tidak melepaskan peluang dengan merayu undi untuk calon BN, Ramli Mohd Nor.

Dalam keasyikan berkempen bersama pengunjung dan peniaga di pasar malam berkenaan, jenteta BN bertembung dengan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dan calon PH, M.Manogaran serta jentera.

Suasana mesra dan meriah kelihatan dan tidak timbul sebarang provokasi antara kedua-dua belah pihak sebaliknya masing-masing sempat bergurau senda malah minum bersama di warung berhampiran.

BN dengan mottonya ‘Tiada Janji, Tapi Lihat Bukti’ mengetengahkan calonnya, seorang bekas pegawai tinggi polis Ramli Mohd Nor, yang juga anak tempatan dari etnik Semai.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.