PRK Cameron Highlands: Tiada Permintaan Daripada UMNO Untuk Bertanding

KUALA LUMPUR 7 Jan. – MIC menegaskan partinya tidak menerima sebarang permintaan daripada UMNO untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari ini.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri S. Vell Paari sebaliknya berkata, hanya terdapat permintaan agar MIC meletakkan calon boleh menang.

Kata beliau, ketika ini, MIC dalam proses penelitian dan saringan beberapa ahli parti untuk diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.

“Tiada permintaan daripada UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands, permintaan hanya untuk calon boleh menang.

“Pada masa ini, kami sedang meneliti beberapa calon dan kami akan membuat pengumuman setelah keputusan dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.