Najib Rakam Penghargaan Kepada Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Muhammad V atas perkhidmatan Seri Paduka Baginda sepanjang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau turut berharap agar Baginda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

“Patik merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Muhammad V atas khidmat Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15.

“Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah SWT. Daulat Tuanku!,” katanya menerusi laman Twitter beliau, semalam.

Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz melalui satu kenyataan. – Utusan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.