Ismail Sabri Ketua Whip BN Baharu

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai ketua Whip Barisan Nasional (BN) yang baharu menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina menerusi catatan di ‘twitter‘nya mengucapkan tahniah atas perlantikan tersebut dan yakin Ahli Parlimen berkenaan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Whip BN yang baharu.

“Tahniah Datuk Seri Ismail selaku Ketua Whip BN yang baharu. Saya yakin perlantikan beliau yang juga sebagai pengerusi BNPC mampu menjadikan pembangkang yang baik.

“Dengan Ini saya akan memberi fokus kepada tugas saya sebagai Ketua Unit Undang-undang dan Ahli Jawatankuasa Dewan dan Ahli Jawatankuasa Menimbang Undang-undang,” kata Azalina menerusi catatan di ‘twitter’nya.

Ismail Sabri sebelum ini dipilih sebagai Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional atau Barisan Nasional Parliamentary Council (BNPC),
manakala Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Ketua Whip BN. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit