Isu MRT2 : Bukan Soal Jimat Tapi Cara Menyamun Kontrak

Tony Pua menulis panjang lebar menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak lagi mahu berunding menurunkan kos membina laluan bawah tanah untuk MRT2.

 

Beliau menyalahkan MMC-Gamuda kerana tidak mahu berkongsi data mengenai projek dengan pihak konsultan yang dilantik bagi mengesahkan kos sebenar kontrak.

 

Perunding beliau mendakwa projek tersebut boleh dikurangkan kos sehingga sekitar RM4.5 bilion.

 

Kerajaan juga menyatakan akan membuat tender terbuka antarabangsa bagi menjimatkan kos laluan bawah tanah.

 

Persoalan pertama kita ialah siapakah perunding kerajaan? Apakah perunding sama yang dibayar beratus juta hanya untuk “konsultasi” terowong Pulau Pinang?

 

Kedua, MMC-Gamuda memenangi tender terbuka antarabangsa bagi projek ini. (http://www.theedgemarkets.com/…/mmc-gamuda-bags-largest-mrt…). Jadi apa kejadah kerajaan hendak buat tender terbuka lagi?

 

Ketiga, MMC-Gamuda menang tender terbuka bermakna data dan butiran projek sememangnya ada pada kerajaan. Jadi apa sebab kerajaan dakwa MMC-Gamuda tidak bekerjasama memberi data.

 

Apakah perunding yang dilantik cuba mendapatkan maklumat pembekal dan teknikal projek yang menjadi rahsia syarikat supaya memudahkan kontraktor baharu bakal dilantik menyambung kerja dan pintas jalan mudah penyelidikan dan kajian awal?

 

Keseluruhan naratif kerajaan dalam isu MRT2 soal penjimatan adalah untuk menyedapkan telinga rakyat tapi di belakang tabir rakyat melihat ia adalah cubaan “menyamun” kontrak.

 

Ab Jalil Becker

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.