Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Balakong

BANGI, 19 Ogos — Calon MCA Balakong, Tan Chee Teong (tiga, kanan) melaungkan kata-kata semangat bersama barisan jenteranya sempena pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Pemuda MCA bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong di Batu 11 Cheras hari ini. PRK DUN Balakong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan dan calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas.
Turut hadir, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon (dua, kiri).– fotoBERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.