Kemenangan Lokman ‘Sparring Partner’ Untuk Juarai Isu Rakyat – Adun Sungai Panjang

SHAH ALAM, 31 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata keberadaan Datuk Lokman Noor Adam di Dewan Undangan Negeri (DUN) seandainya diberikan peluang oleh pengundi Sungai Kandis bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat secara khususnya malah memberi kekuatan baru kepada barisan pembangkang di negeri berkenaan.

Menurut beliau suara Lokman bukan hanya untuk kemenangan parti malah memberi kekuatan baru kepada rakan-rakan di barisan pembangkang untuk bersuara di dalam sidang DUN.

“Suara Lokman nanti percayalah bukan hanya sekadar suara BN tetapi apa yang penting suara seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Selangor untuk kita pastikan kerajaan pada hari ini berpegang kepada janji.

“Malah suara beliau jika diberi kepercayaan cukup penting untuk di Selangor ini sebagai ‘sparring partner’ untuk bersama-sama barisan pembangkang di DUN,” katanya kepada UMNO-Online di PDM Jalan Kebun, malam tadi.

Kata beliau lagi keupayaan dan kewibawaan Lokman perlu dilihat oleh pengundi secara mendalam untuk kepentingan mereka.

“Kita yakin dengan keupayaan dan kewibawaan yang ada pada Lokman sebagai seorang yang hari ini sangat lantang menyuarakan pandangan serta kritikan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kita dapat lihat kepincangan pentadbirannya terutama dalam melaksanakan janji seperti yang terkandung di dalam manifesto seperti janji 100 hari mereka dengan pelbagai alasan dan dolak dalih,” katanya. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.