Kewujudan Tabung Harapan Terus Dipersoal, Sekadar Kaburi Mata Rakyat


SHAH ALAM, 26 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam terus menimbulkan persoalan kewajaran penubuhan Tabung Harapan Negara yang ditubuhkan kerajaan baru kerana sebelum ini ekonomi negara ditinggalkan dalam keadaan baik dan rezab negara yang tinggi.

“Kita tinggalkan negara ekonomi bagus dan cemerlang… rezab RM438 bilion dan pertumbuhan eknomi tahun lepas 5.9 peratus. Tidak nampak kenapa perlu diwujudkan Tabung Harapan. Bagi Saya ianya satu penipuan besar kerajaan hari ini dalam usaha untuk mengaburi mata dan menipu rakyat seolah-olah negara ini berdepan dengan masalah ekonomi atau kegawatan kewangan.

“Itu hanyalah sebagai alasan tidak menunaikan janji yang telah mereka lontarkan pada Pilihan Raya Umum lepas. Kita mahu tanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dimana logiknya apabila diberikan pengecualian cukai kepada mereka-mereka yang telah menyumbang kepada tabung berkenaan.

“Sebenarnya tabung berkenaan bukan mendapat sokongan rakyat keseluruhan tetapi mendapat sokongan korporat. Cuma bezanya ini sandiwara di mana kalau diikutkan mereka sepatutnya membayar cukai pendapatan atau cukai korporat syarikat. Justeru daripada membayar cukai korporat…katalah RM2 juta patut dibayar cukai korporat bila dia berikan derma kepada tabung berkenaan, mereka dapat masuk televisyen percuma menyerahkan ‘mockup check’, dia dapat potongan cukai. Jadi di mana tambahan pendapatan kepada negara,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, beliau mengadakan ‘walkabout’ dan ziarah kasih sekitar Kampung Johan Setia. Hari keenam tempoh berkempen Lokman terus dengan kempen ziarah kasih dan mengadakan sesi ‘walkabout’ di beberapa Pusat Daerah Mengundi.

Pagi tadi hingga ke tengah hari, Lokman dan jentera BN terus mengedarkan risalah dan mengadakan pertemuan empat mata dengan penduduk setempat dalam usaha meraih sokongan untuk membantu kemenangan BN nanti.

Apa yang pasti tempoh kempen yang berbaki beberapa hari lagi digunakan sepenuhnya oleh Lokman dan seluruh jentera parti yang berkampung di Sungai Kandis dan akan diperhebatkan sehingga ke hari pengundian pada 4 Ogos nanti. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.