PRK Sungai Kandis: Peluang Pengundi Tambah Pembangkang Bawa Suara Dalam Sidang DUN

SHAH ALAM, 22 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis merupakan ujian pertama kepada semua parti yang meletakkan calon masing-masing sejurus pasca Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu.

Baik Barisan Nasional (BN) mahu pun PKR, tentunya masing-masing dengan azam serta tekad malah yang menjadi tumpuan utama tentunya melihat sejauhmana keupayaan masing-masing dan bagi BN tentunya ini sedikit kelainan setelah bertukar menjadi pembangkang di peringkat persekutuan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan pemilihan pada PRK kali ini bukan sekadar untuk mencari calon yang boleh serve rakyat tetapi paling penting yang boleh suarakan denyut nadi rakyat di Dewan Undangan negeri (DUN).

“Harapan kita insya-Allah ada cahaya ke arah perubahan cumanya kita kena bekerja kuat. Kerajaan yang dibentuk hari ini adalah mereka yang sebelum ini janjikan bulan dan bintang, yang tidak mampu ditunaikan dan saya kira rakyat akan mula melihat setelah mereka naik menjadi kerajaan kerana terlalu banyak penipuan dan hanya sekadar memainkan sentimen untuk melarikan rakyat daripada isu sebenar,” katanya kepada UMNO-Online.

Menyentuh soal kempen PRK tersebut, Asyraf berkata bentuk kempen akan disesuaikan dengan suasana terkini serta akan banyak menyentuh isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat.

“Cuma kita pada kali ini tidak konvensional sepertimana pilihan raya terdahulu. Banyak menyentuh soal isu dan cuba mendekati pengundi dikalangan orang muda dengan pendekatan yang lebih dinamik dan cuba mempelbagaikan kaedah yang mungkin pada hari ini perlu ada sedikit kesesuaian,” katanya.

Bagi Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad pula sependapat dengan apa yang diutarakan bahawa kemenangan BN cukup penting untuk memberi nilai tambah kepada wakil rakyat pembangkang sedia ada di DUN.

“Kita perlu mendekati rakyat dan memberitahu mereka bahawa kita perlu menjadi pembangkang yang kuat di Dun supaya kita boleh bawa suara mereka dengan lebih berkesan dan berwibawa. Memamnglah… BN menang tidak akan mengubah apa-apa… namun inilah peluang dan masa terbaik untuk memastikan segala yang dijanjikan sebelum ini diberi perhatian.

“Kekuatan melalui ‘check and balance’ perlu ada. Apabila BN menang ianya akan memberi nilai tambah lagi untuk berperanan melihat dan pantau kerajaan yang ada hari ini bukan hanya sekadar berjanji malah melaksanakan. Selaku Pembangkang kita harus efektif dan responsive dengan apa yang dibawa oleh rakyat terutama di Sungai Kandis ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit