Perkataan Munafik Cetus Kekecohan

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak berpuas hati apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkapkan perkataan munafik sehingga mencetus kekecohan.

Zahid ketika dalam perbahasannya di Dewan Rakyat menerangkan sifat-sifat orang munafik iaitu antaranya apabila berjanji, tidak ditepati.

Ahli Parlimen Jelutong yang tidak berpuas hati meminta Speaker mengarahkan agar Zahid menarik balik perkataan tersebut kerana ia seolah-olah ditujukan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun selepas mendengar penjelasan Zahid, Speaker menyifatkan perkataan tersebut diungkapkan secara rambang dan tidak ditujukan kepada sesiapa. – MediaUMNO