Kerajaan PH Adalah Kerajaan Penipu – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 19 Julai – “Kerajaan baru sekarang ini level dia adalah kerajaan penipu,” ujar Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar.

Jelas beliau, rakyat harus sedar dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kerajaan baru ini.

“Dulu rakyat benci kita (BN) sebab Pakatan Harapan yang ketika itu pembangkang berjaya tanam satu level di minda rakyat iaitu pemimpin BN rasuah. Rakyat percaya dengan penipuan tersebut.

“Sekarang, rakyat kena tengok pula apakah level yang perlu diberi kepada Pakatan Harapan ini dan paling sesuai adalah penipuan… kerajaan penipu. Jadi sampai bila kita hendak kena tipu dengan kerajaan Pakatan Harapan.

“Mereka bukan sahaja tipu manifesto tidak semestinya dilaksana malah dalam Dewan Rakyat yang merupakan dewan tertinggi dan mulai inipun mereka sanggup tipu di mana perlantikan Speaker tidak mengikut peraturan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Noh, dalam negara ini mempunyai undang-undang dan sekiranya undang-undang dalam dewan pun mereka boleh menipu termasuk melakukan boleh ‘back dated’ terhadap surat maka apatahlagi mentadbir negara ini.

“Bagi saya, kerajaan ada sekarang ini adalah kerajaan yang penuh dengan penipuan,” tegas beliau. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.