Janji 100 Hari PH… Tangguhkan Bayaran PTPTN Nampaknya Hanya Tinggal Janji

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa memikirkan semula bagaimana untuk melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto terutamanya 10 janji dalam masa 100 hari yang antaranya termasuk mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan bahawa penangguhan pembayaran PTPTN sehingga gaji peminjam itu mencecah RM4 ribu sebulan masih dalam kajian.

Beliau berkata demikian dalam persidangan di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta penjelasan berkaitan hal terbabit.

Khairy berkata, apabila peminjam tangguhkan pembayaran tersebut, kerajaan terpaksa meminjam untuk pemohon-pemohon baru yang tentunya akan meningkatkan kontijen liabiliti kewangan kerajaan.

“Walaupun masih ada sebulan tetapi jawapan menteri tersebut menunjukkan bahawa kemungkinan besar janji ini tidak dapat dilaksanakan. Hari ini menteri pun tak dapat beri penjelasan berkenaan tanggungan kewangan sekiranya janji ini dilaksanakan.” –MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.