Kumpulan Pemantau Akur, Tidak Mahu Dilabel Penentang Undang-undang

KUALA LUMPUR, 17 Julai – NGO Pemantau Malaysia Baru hari ini akur dengan arahan polis yang menghalang mereka daripada mengadakan himpunan yang sepatutnya bergerak ke bangunan Parlimen sebagai tanda memberi sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi merasmikan istiadat pembukaan Dewan Rakyat.

Presiden kumpulan pemantau, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan menghalang peserta bergerak ke bangunan Parlimen sebagai sesuatu yang tidak adil.

“Namun kami akur dengan arahan polis dan bersurai secara aman… kami tidak mahu dilabel sebagai penentang undang-undang negara,” katanya.

Pemantau berhimpun sejak pukul 8 pagi di pekarangan tempat letak kereta berhampiran ibu pejabat polis Bukit Aman di sini dan kesemua peserta bersurai sepenuhnya menjelang pukul 12 tengah hari. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.