Agong Rasmi Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-14

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenanmerasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikankerana buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan.

Mesyuarat ini juga melakar sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agongmerasmikan istiadat pembukaan penggal parlimen dalam tahun sama.

Pada 5 Mac lepas, Sultan Muhammad V merasmikan pembukaan mesyuarat pertama bagi penggal ke-6, Parlimen ke-13, sebelum Dewan Rakyat dibubarkan April lepas bagi memberi laluan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Yang Dipertua Dewan RakyatDatuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Tun Dr MahathirMohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Penterakna Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ olehpasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhamad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, panji-panji Yang di-Pertuan Agong dikibarkan, diikuti tembakan meriam 21 das serentakdengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ turut dimainkan.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada empatpegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, yang diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.

Selepas pemeriksaan, baginda berangkat semula ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘HormatDiraja’ kali kedua, sebelum lagu ‘Negaraku’ dimainkan sekali lagi.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesibergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Mesyuarat kali ini akan berlangsung selama 20 hari iaitu hingga 16 Ogos depan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.