Iktiraf Sijil UEC Bakal ‘Membunuh’ Dasar Pelajaran Kebangsaan Dan Keutamaan Bahasa Melayu


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyarankan agar Kementerian Pendidikan tidak terburu-buru untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun ianya sebahagian daripada janji dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, pelaksanaan UEC secara tidak langsung akan ‘membunuh’ Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sekaligus menenggelamkan keutamaan Bahasa Melayu yang menjadi teras kepada sistem pendidikan di negara ini.

“Saya amat kesal dengan desakan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang mahu isu pengiktirafan UEC selesai sebelum hujung tahun ini.

“Saya juga berharap menteri berkenaan supaya lebih realistik untuk membina sebuah negara bangsa yang bertunjangkan kepentingan nasional dan bukannya terpengaruh dengan agenda politik terutama Dap dan desakan Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975,” ujar beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di laman facebooknya.

Untuk rekod, persatuan pendidikan Cina enggan menerima syarat calon wajib lulus Bahasa Melayu taraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.