UMNO Lapor Polis, Stesyen TV Terbitkan Program Dianggap ‘Contempt of Court’

BATU PAHAT, 6 Julai – UMNO Bahagian Batu Pahat telah membuat laporan polis terhadap stesyen televisyen, Astro Awani kerana menerbitkan satu program yang bertajuk ‘Najib Didakwa’ yang dianggap ‘contempt of court’.

Laporan polis telah dibuat semalam oleh ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi ekoran keputusan mahkamah Selasa lalu.

Mahkamah yang telah mengeluarkan injunksi sementara melarang sesiapa sahaja mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai melakukan ‘perbicaraan media’.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lalu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.