Tabung Sekretariat Solidariti Datuk Seri Najib Kini Sudah Mencecah RM 236,000

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Pengerusi Tabung Sekretariat Solidariti Datuk Seri Najib, Datuk Razlan Rafee berkata jumlah sumbangan orang awam kepada Tabung Sekretariat Solidariti Datuk Seri Najib kini sudah pun mencecah sebanyak RM 236,000 setakat hari ini.

“InsyaAllah, saya yakin tabung ini akan mencapai matlamatnya untuk mencapai kutipan RM500 ribu tidak lama lagi. Setakat ini setiap hari ada sumbangan yang diberikan oleh orang awam bukan saja dari Malaysia, tapi dari juga dari luar negara, seperti Singapura dan Kanada.

“Setiap kali mereka menyumbang, mereka juga akan menghantar pesanan melalui whatsapp memberikan harapan mereka terhadap Datuk Seri Najib, agar beliau tidak diaibkan dan segala proses perundangan berjalan dengan adil dan telus dan tidak bermotifkan balas dendam politik semata-mata.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada Tabung Sekretariat Solidariti Datuk Seri Najib. Semoga sumbangan ikhlas yang dihulurkan itu diberikan balasan yang setimpal oleh Allah swt kepada mereka yang menyumbang, insyaAllah,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, tabung tersebut akan dibuka sehingga pukul 12 tengah hari Isnin ini sebelum diserahkan kepada anak Najib di mahkamah.

Katanya, matlamat utama tabung itu adalah mengumpul wang sebanyak RM500,000 sahaja dan ditutup serta-merta apabila jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh tersebut.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung tersebut boleh menyalurkan derma masing-masing ke dalam akaun CIMB Kelab Belia Berkhidmat 8601952060.-MediaUMNO