Sekarang Zaman Pemerintahan Double-Standard, Mahazalim 2.0 – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz membidas sikap ‘double-standard’ dalam pentadbiran Malaysia baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Jelas beliau, sekiranya dulu pentadbiran di bawah Tun Mahathir Mohamad dikecam sebagai Mahazalim kini ianya kembali berulang dengan Mahazalim 2.0.

“Kenapa saya berkata begini.. kerana bagaimana Ketua Pengarah SPRM boleh membuat kenyataan berbaur peribadi terbadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan terdahulu. Dia juga ada menyebut tentang rasuah dan kononnya ditawarkan ditawarkan tetapi tiada pun laporan dan siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan tersebut.

“Kita lihat pula Menteri Pelajaran kini… dulu dia adalah antara orang yang lantang menentang kerajaan BN tetapi hari ini apabila mereka menjadi kerajaan, pegawai pelajaran yang menyokong BN diminta berundur dan sebagainya.

“Saya sendiri mendapat makluman bahawa ada pegawai pelajaran yang didatangi oleh pegawai intregriti untuk menyoal siasat mereka yang didapati menyokong kerajaan terdahulu. Ini semua sikap ‘double’standard,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Tun Faisal, beliau tidak akan terkejut sekiranya pelbagai tekanan lagi akan dikenakan kepada UMNO dan juga rakyat serta kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan sedia ada.

“Sekarang zaman pemerintahan zaman Mahazalim telah berulang… Mahazalim 2.0,” sindir beliau. – MediaUMNO